Bantuan biasiswa itu turut mendapat penghargaan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila menyifatkannya sebagai usaha melahirkan para atlet yang seimbang dari segi mutu, sukan dan pendidikan.

“Usaha Unitar dalam memperjuangkan kejayaan masa depan para pelajarnya menerusi inisiatif CARE sememangnya wajar dipuji.

“Bantuan ini merupakan satu usaha untuk menggalakkan pembelajaran. Saya gembira apabila melihat ramai belia hadir pada hari ini untuk menerokai segala pilihan yang terbentang di hadapan mereka dan belajar bagaimana untuk menjadikan minat sebagai satu masa depan yang berjaya dan mampan,” katanya menerusi teks ucapan perasmian sempena hari CAREnival yang diadakan baru-baru ini.

Menurut beliau lagi, bantuan itu merupakan satu usaha untuk menggalakkan pembelajaran, memandangkan golongan belia kini amat memahami bahawa kelulusan akademik hanyalah salah satu bahagian dalam memastikan kejayaan masa depan, mereka juga memerlukan semangat serta minat.

"Saya gembira apabila melihat ramai belia hadir pada hari ini untuk menerokai segala pilihan yang terbentang di hadapan mereka dan belajar bagaimana untuk menjadikan minat sebagai satu masa depan yang berjaya dan mampan," ujar beliau.

Dalam pada itu, bersempena dengan Hari Biasiswa Unitar yang diadakan pada 11 dan 12 Mei 2019, pihak Unitar telah berbesar hati untuk menawarkan pemberian biasiswa kepada 100 orang pelajar tanpa sebarang temuduga di samping memberi tawaran sesi percubaan untuk mengikuti pembelajaran tanpa syarat.

Klinik PTPTN turut diadakan sebagai inisiatif Unitar dalam membantu para pelajar merangka kewangan pendidikan mereka dan berharap agar masalah kewangan bukan lagi alasan bagi pelajar tidak mengikuti pengajian berkualiti di universiti pemenang pelbagai anugerah, berkaitan kerajaan yang diiktiraf sepenuhnya oleh MQA ini.

Pada majlis tersebut, sumbangan biasiswa itu turut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Unitar, Puvan Balachandran kepada Timbalan Ketua Pengarah MSN, Suhardi Alias.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut juga boleh melayari www.unitar.my  - K! ONLINE