Unitar menerusi satu kenyataan berkata, sistem penilaian tersebut dibangunkan berdasarkan teori-teori pembangunan kerjaya dalam u­saha meningkatkan nilai tambah graduan bagi menembusi pasaran kerja kelak.

“Usaha Unitar bagi melahirkan graduan berkualiti adalah selaras dengan akronim CARE iaitu kerjasama (collaborative), penyesuaian (adaptive), cerminan (reflect) serta keusahawanan (entrepreneurial).

“Justeru, sistem penilaian psikometrik yang digunakan itu dilihat sebagai satu penyelesaian dalam memudahkan para pelajar membuat keputusan berhubung jurusan pengajian yang ingin dipilih,” katanya.

Tambahnya, sistem penilaian itu juga turut membolehkan pelajar membuat keputusan tepat dalam memilih bidang pengajian sekali gus menjamin prospek kerjaya yang akan diceburi mereka kelak.

“Menerusi sistem ber­kenaan, keupayaan pelajar, kecenderungan, pengetahuan dan ciri-ciri peribadi akan digabungkan seterusnya analisa dan keputusan dipaparkan bagi membantu mengetahui kekuatan modal insan me­reka,” ujarnya. 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.