Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, inisiatif menyalin manuskrip lama yang antaranya telah berusia lebih 1,000 tahun itu dalam bentuk digital bertujuan memulihara khazanah berharganya selaras dengan perkembangan revolusi teknologi 4.0  (IR 4.0).

Beliau berkata,  manuskrip lama yang bakal didigitalisi nanti akan ditempatkan di Perpustakaan UniSZA sekali gus menjadikan ia  pengkalan data digital katalog dokumen-dokumen rasmi berkaitan sejarah Islam, alam Melayu dan sebagainya terbesar di Asia Terenggara.

"UniSZA berhasrat untuk menjaga dan mengkaji sekurang-kurangnya 4,000 naskah manuskrip lama berkenaan.

"Jalinan kerjasama dengan Arkib Negara itu termasuk membawa pulang sebahagian manuskrip lama terbabit yang masih berada di luar negara," katanya selepas menandatangani memorandum persefahaman dengan Ketua Arkib Negara, Datuk Azemi Abdul Aziz berhubung kerjasama itu di sini hari ini.

Hassan Basri berkata, buat permulaan,Manuskrip Digital Malcolm Macdonald dari Durham University, Britain akan dibawa pulang melibatkan kos pembelian RM32,563.23 yang akan dikongsi bersama antara UniSZA dan Arkib Negara.

Beliau berkata, majlis penyerahan manuskrip terbabit akan disaksikan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik di Durham University pada 26 Julai depan.

"Langkah menubuhkan Pusat Kajian Manuskrip secara atas talian ini bakal mengukuhkan UniSZA sebagai institusi pengajian tinggo yang berteraskan keilmuan Islam.

"Ia juga selaras dengan evolusi ilmu diperolehi secara atas talian yang boleh diakses tanpa had masa, jarak dan lokasi," katanya. - K! ONLINE