Gerakan yang berselindung disebalik nama Kristian dikenali Mother of God itu memasuki kampus UniSZA bagi mempengaruhi pelajar-pelajar bukan beragama Islam universiti tersebut yang berjumlah 568 orang pada pertengahan bulan lalu.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif berkata, siasatan mendapati dua wakil Mother of God yang berusia awal 20-an telah menemui beberapa pelajar tahun akhir di perpustakaan dan medan selera kampus tersebut pada 13 November lalu.

"Mereka cuba memperdaya pelajar-pelajar tahun akhir terbabit yang kesemuanya bukan beragama Islam kononnya mahu menemubual mereka bagi projek kajian tahun akhir sebuah institusi pengajian tinggi swasta tempatan.

"Bagaimanapun, responden itu sebenarnya cuba mempengaruhi pelajar-pelajar terbabit agar mengikut ajaran mereka yang didakwa kononnya mampu menjamin mereka ke syurga,"  katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Difahamkan, dalang gerakan tersebut cuba mempengaruhi pelajar terbabit untuk melakukan upacara memakan daging dan minum darah sebagai syarat untuk menganut ajaran Mother of God sekali gus dijamin memasuki syurga. - K! ONLINE