Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, menerusi  konsep 'Wakaf Friendly Cafe', sembilan kafe di sekitar universiti itu telah menyertainya dengan menyediakan makanan dan minuman secara percuma untuk diwakafkan kepada pelajar.

"Sebagai contoh, kakitangan UniMAP membeli lima bungkus mi goreng, satu dia makan sementara empat bungkus lagi diwakafkan kepada pelajar kurang berkemampuan untuk dinikmati di kafe tersebut.

"Malah, terdapat pengusaha kafe yang bersetuju mewakafkan makanan dan minuman secara tetap di premis masing-masing yang sangat bermanfaat kepada pelajar kurang berkemampuan," katanya selepas melancarkan program itu hari ini.

Zul Azhar berkata kepada media di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UniMAP Pauh Putra di sini hari ini.

Menu yang disediakan sentiasa berubah seperti nasi lemak, roti sosej, roti bakar, mi goreng dan bihun goreng.

UniMAP mempunyai lebih 14,000 pelajar. - K! ONLINE