Situasi itu didedahkan sendiri oleh kakitangan sebuah hotel terkemuka di Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang hanya ingin dikenali Amin, 38.

Amin mengakui, kebanyakan hotel lima antarabangsa di negara ini dilihat tidak peka terhadap kewajipan kakitangan beragama Islam terutamanya daripada segi pemakaian.

Tambah Amin, ia merupakan sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) dan polisi hotel-hotel antarabangsa.

“Kebiasaannya kakitangan wanita akan diminta untuk mengenakan skirt pendek di atas paras lutut dan terbelah di bahagian belakang, pemakaian ini bukan sahaja bagi petugas khidmat pelanggan malah di semua bahagian,” jelasnya ketika ditemui Kosmo! dekat sini semalam.

Paling mengejutkan apabila ada juga kakitangan di bahagian hidangan yang tidak akan dibenarkan bersolat, namun perkara itu biasanya berlaku ketika ada majlis yang berlangsung lewat petang.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.