Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, dalam pertandingan tersebut, Shah Alam akan bertanding bersama 133 bandar raya daripada 23 buah negara di seluruh dunia.

"Kempen ‘We Love Cities’ ini akan berlangsung mulai 7 Mei 2018 sehingga 30 Jun depan. Shah Alam perlu mengumpul seberapa banyak undian daripada orang ramai agar menjadi juara dalam pertandingan itu.

"Pada 2015, kita telah berjaya mendapat tempat ketiga daripada 47 bandar raya di seluruh dunia untuk Pertandingan‘We Love Cities’ ini," katanya di sini semalam.

Shahrin berkata, untuk mengundi, orang ramai hanya perlu melayari portal www.welovecities.org/shah-alam untuk mengundi Bandaraya Shah Alam.

Katanya, melalui portal www.welovecities.org/shah-alam,orang ramai juga digalakkan untuk memberikan cadangan dan komen bernas untuk menambahbaik perkhidmatan MBSA.

"Selain itu, orang ramai juga boleh mengimbas QR Code untuk mengundi. QR Code ini telah dimuat naik di laman media sosial MBSA iaitu Facebook (Majlis Bandaraya Shah Alam), Instagram (sacitycouncil) dan Twitter (sacitycouncil).

"Orang ramai juga boleh memuat naik gambar-gambar menarik di sekitar Shah Alam seperti kawasan rekreasi, kompleks membeli belah, restoran, bangunan ikonik dan gerai menggunakan ‘hashtag’ #weloveshahalam di Instagram,"katanya. - K! ONLINE