Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Ahli Parlimen yang akan mengosongkan kerusi bagi memberi laluan kepada Anwar yang merupakan Presiden parti itu turut akan hadir pada sidang akhbar tersebut.

“Pukul 11 pagi esok (hari ini) saya akan keluarkan ‘press alert’ mengenai pe­ngumuman ini,” katanya selepas melawat keluarga mangsa runtuhan jambatan di Jalan Taman Seri Serdang di sini semalam.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu berkata, pilihan raya kecil tidak akan berlaku di Parlimen Pandan iaitu kerusi yang dipegang Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sekarang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.