Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Noor Azuan Abu Osman berkata, tumpuan akan diberikan kepada artikel berimpak tinggi yang layak diterbitkan dalam pengkalan data, Web of Science.

"Penerbitan adalah tugas hakiki seorang pensyarah universiti. Seseorang ahli akademik tidak boleh lari daripada lima skop utama iaitu pengajaran, penerbitan, penyeliaan, perundingan dan khidmat masyarakat.

"Sesebuah universiti dipandang tinggi oleh masyarakat global sekiranya penyelidikan dan penerbitannya sentiasa menjadi rujukan," katanya pada Perhimpunan Bersama Warga UMT di Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT di sini hari ini.

Dalam pada majlis sama, Noor Azuan turut melancarkan Tabung Fastabiqul Khairat 7.0 sempena ketibaan bulan Ramadan tidak lama lagi.

Beliau berkata, tabung yang diselaraskan Pusat Islam Sultan Mahmud UMT itu bakal diagihkan untuk manfaat asnaf berkelayalan seperti penyediaan hidangan iftar sepanjang bulan puasa kelak. - K! ONLINE