Perdana Menteri berkata, keadaan tersebut berbeza dengan parti pembangkang yang hanya bergantung antara satu sama lain bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka.

“UMNO merupakan institusi politik tanah air yang terbukti mampu membawa Malaysia maju ke hadapan.

“Tidak seperti parti pembangkang lain yang terpaksa bergantung antara mereka, DAP hendak gunakan Tun Dr. Mahathir (Mohamad), Tan Sri Muhyiddin (Yassin) dan Tun Mahathir hendak gunakan DAP. Jawapannya tidak ke mana mereka.

“DAP hendak gunakan mereka berdua (Dr. Mahathir dan Muhyiddin) untuk kurangkan undi Melayu. Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM) bersama DAP sebab mereka hilang punca tenggelam timbul dan tidak boleh berdiri sendiri, perlu berpaut kepada DAP,” kata­nya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.