Perisytiharan tarikh 1 Syawal itu serentak dengan Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Pengumuman rasmi tarikh sambutan Aidilfitri itu dibacakan oleh Sheikhul Islam Thailand, Aziz Phitakumpol, yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara menerusi televisyen tempatan, NBT Thailand, malam ini.

Petang tadi, kira-kira 1,000 umat Islam daripada empat wilayah di selatan Thailand berkumpul di Bukit Parik, daerah Yaha di wilayah Yala untuk melihat anak bulan bagi penentuan tarikh sambutan Aidilfitri.

Anak bulan telah kelihatan kira-kira 6.45 petang tadi (waktu tempatan).- Bernama