Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Hulu Selangor, Leftenan Pertahanan Awam Mansor Ab. Rasid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.30 petang daripada pemilik rumah.

“Seramai lima anggota telah bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati ular tedung berkenaan bersembunyi di dalam saluran paip berdekatan tembok pagar rumah tersebut.

“Anggota APM terpaksa mengorek saluran paip berkenaan bagi memeriksa kedudukan dan kedalaman sebenar ular tedung berkenaan bagi memudahkan penangkapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Ramizah, ular tedung berkenaan berjaya ditangkap dan dilepaskan ke dalam hutan di sekitar hutan Kuala Kubu Bharu kira-kira 12 kilometer dari rumah mangsa.

“Kita terpaksa melepaskan ular berkenaan jauh dari kawasan perumahan tersebut bagi mengelakkan nyawa penduduk di kawasan sekitar terancam.

“Operasi yang diketuai Koperal Mohd. Firdaus Abd. Samad itu tamat sepenuhnya sejam kemudian dan orang awam dinasihatkan lebih berhati-hati berikutan cuaca panas menyebabkan reptilia ini mencari tempat sejuk,” jelasnya. - K! ONLINE