Reptilia sepanjang 0.6 meter itu berada di dalam saluran air dan berjaya ditangkap oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin.

Ketua BBP Bukit Angin, Penolong Penguasa, Bomba Hasnuddin Husin berkata, tujuh anggota bersama seorang pegawai bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 2.15 petang.

"Sebaik tiba di rumah terbabit, kita dapati seekor ular sawa berada di dalam saluran air di rumah warga emas itu.

"Anggota kita menggunakan penjerut untuk menangkap ular itu dalam masa kira-kira sembilan minit," katanya.

Menurutnya, warga emas berusia 73 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan ular dilepaskan di kawasan jauh dari penempatan penduduk. - K! ONLINE