Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Zulkafle Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada dua orang pekebun sawit yang menjumpai reptilia itu pada pukul 10.38 pagi.

Katanya, dua lelaki itu menemui ular sepanjang tuuh meter itu ketika mereka sedang mengait buah kelapa sawit.

"Sewaktu tiba di lokasi, kami mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap haiwan itu menggunakan alat penangkap khas.

"Ular sawa tersebut kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurut Zulkafle, beliau bersama enam anggota dengan dibantu penduduk kampung berjaya menangkap ular sawa itu dalam tempoh yang singkat.

Katanya, reptilia berkenaan merupakan ular sawa terpanjang yang pernah ditangkap di kawasan itu sejak 20 tahun lalu. - K! ONLINE