Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam tadi, ular sawa sepanjang 1.5 meter itu ditemui di dalam kawasan enjin kereta jenis Toyota Vios di hadapan rumah di Taman Jaya 2, di sini. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin Temerloh, Penolong Penguasa  Bomba,Hasnuddin Husin berkata, anggotanya menggunakan penjerut untuk menangkap ular tersebut. 

"Kita mengambil masa hampir 15 minit untuk mengeluarkan ular tersebut daripada enjin dan melepaskannya ke tempat yang jauh dari kawasan penempatan awam," katanya. 

Difahamkan ular terbabit pada awalnya berada di atas tayar kereta sebelum masuk ke kawasan enjin setelah menyedari kehadirannya dilihat oleh penduduk kampung yang menghadiri majlis akad nikah itu. - K! ONLINE