Kehadiran ular sawa sepanjang tiga meter itu disedari pemilik ayam itu, Taqwim Badar sekitar pukul 11 pagi. 

Menurut Taqwin, 41, dia berasa hairan apabila reban yang menempatkan dua ekor ayam tersebut didapati kosong semasa hendak memberi makan kepada haiwan peliharaannya itu.

"Hasil pemeriksaan, saya terkejut apabila ternampak seekor ular sawa tersekat pada jaring reban ayam berkenaan.

"Ini kali pertama kejadian ular sawa masuk dalam reban ayam saya sepanjang 17 tahun tinggal di sini," katanya di sini hari ini. 

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor, Roslan Asri berkata, seramai sembilan anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 12.07 tengah hari. 

Jelasnya, pihaknya mengambil masa lima minit menangkap ular tersebut menggunakan penjerut khas sebelum dilepaskan di kawasan habitat asalnya. - K! ONLINE