Tabung tersebut ditubuhkan bagi membiayai program pertukaran pelajar ke institusi luar negara yang meliputi beberapa aspek antaranya program ‘Summer School’ dan penempatan pelajar bagi latihan industri.

Penolong Setiausaha Jawatankuasa Induk Program, Zamri Abd. Kahar berkata, kayuhan amal itu akan diadakan di UiTM Kampus Puncak Alam, Kuala Selangor pada Ahad ini bermula pukul 7.30 pagi sehingga 12 tengah hari.

"Dua program akan dijalankan serentak iaitu ‘Fun Ride’ dan ‘Gorgo Race’. Raja Muda Perlis akan berbasikal di sekitar kawasan Puncak Alam dengan jarak kayuhan sejauh 18 kilometer (km) manakala bagi kategori terbuka akan berkayuh sejauh 47km.

"Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil, turut mencemar duli dengan menyertai acara ‘Gorgo Race’ yang berkonsepkan larian berhalangan dengan jarak hampir 5km menempuhi 15 jenis halangan di sekitar kawasan dalaman kampus UiTM Puncak Alam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zamri berkata, selain acara ‘Fun Ride’ dan ‘Gorgo Race’, turut berlangsung beberapa program sampingan seperti demonstrasi sukan Woodball dan pemeriksaan kesihatan oleh Fakulti Pergigian dan Fakulti Sains Kesihatan UiTM.

"Saya menyeru kepada semua masyarakat untuk menyertai program ini dan ia terbuka kepada semua lapisan masyarakat termasuk pelajar serta pihak korporat. Sasaran kita adalah untuk menarik kira-kira 1,200 peserta," ujarnya. - K! ONLINE