Ketua Negara UFS Malaysia, Nusrat Perveen berkata, latihan kepada peniaga Bazar Ramadan itu merupakan inisiatif syarikat tersebut sejak tahun 2013 bagi mengurangkan amalan pembaziran makanan dalam kalangan penduduk negara ini.

"Berdasarkan data dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia pada tahun 2016, rakyat Malaysia membazirkan sisa makanan sebanyak kira-kira 8,000 setiap hari dan dijangka meningkat sebanyak tiga kali ganda setiap kali bulan Ramadan.

"Sehubungan itu, UFS telah menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam pendidikan pengurusan sisa dan lebihan makanan melibatkan kira-kira 43,000 pengusaha makanan termasuk peniaga Bazar Ramadan di seluruh negara," katanya selepas merasmikan program tersebut di Stadium Negeri di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan dan Persekitaran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Mohd. Adzhar Mohd. Zahari. 

UFC merupakan syarikat perkhidmatan makanan bagi firma pembuatan produk makanan dan minuman dan penjagaan diri antarabangsa, Unilever. - K! ONLINE