Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan akan terus menjalankan pemantauan ke atas makanan di pasaran tempatan dan di semua pintu masuk negara.

“Sejak 1 Januari 2005, semua konsainan udang termasuk udang galah yang diimport perlu disertai de­ngan Sijil Kesihatan yang memberi jaminan konsainan udang itu bebas daripada bahan terlarang yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara pengeksport.

“Sekiranya Sijil Kesihatan ini tidak disertakan, konsainan udang berkenaan tidak dibenarkan masuk ke negara ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.