Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, perubahan itu merangkumi aspek-aspek ruang pembelajaran, kaedah pengajaran, kurikulum yang lebih organik dan penggunaan teknologi terkini.

"Ini membawa kita kepada kaedah  baharu yang mana kita akan melihat mahasiswa belajar tanpa syarahan di luar bilik kuliah.

"Cara pentaksiran juga berubah. Tak semua perkara perlu kepada peperiksaan," katanya pada sidang akhbar selepas majlis Amanat Menteri Pendidikan Tinggi 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ( PICC) di sini pagi tadi.

Beliau bercakap di hadapan kira-kira 3,500 hadirin yang terdiri daripada mahasiswa dan kakitangan  IPT. - K! ONLINE