Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas di pejabat Kosmo! di Kuala Lumpur.

Kehadiran selebriti tanah air seperti Ayda Jebat, Alif Satar, Drama Band dan Fiza Frizzy menyerikan lagi majlis pelancaran tersebut.

Turut membuat penampilan istimewa ialah pemain bola sepak negara, N. Thanabalan dan pemenang pingat emas acara terjun Sukan SEA 2017, Leong Mun Yee. - K! ONLINE