Timbalan Menterinya, Datuk Mahfuz Omar berkata,  penyiapan kertas kerja bersama Kementerian Pendidikan itu akan merumuskan transformasi yang perlu dilakukan termasuk mengenal pasti setiap permasalahan untuk melaksanakan proses tersebut. 

"TVET dalam wajah dan fasa baharu itu akan memberi penekanan kepada cabaran IR 4.0 yang menepati keperluan semasa khususnya keperluan industri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Pusat Pembangunan Kemahiran Industri dan Pengurusan Kedah (Kismec) 2 di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) di sini hari ini.

Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin berkenan berangkat menyempurnakan majis perasmian berkenaan.

Menurut Mahfuz,  pihaknya juga akan melakukan perbincangan dengan banyak pihak termasuk Kismec untuk menambah baik lagi  perancangan berhubung transformasi itu sebelum ia dibawa ke Kabinet.

"Kita berharap kertas kerja dan semua perbincangan ini akan diselesaikan dalam tahun ini juga untuk pelaksanaan," jelasnya. - K! ONLINE