Menurut beliau, sasaran tersebut mampu dicapai dengan wujudnya pelbagai platform baharu dan terbaik selari perkembangan teknologi maklumat semasa.

Sehubungan itu, dalam merealisasikan hasrat tersebut kerajaan mengambil inisiatif memperkenalkan Saluran TV OKEY menerusi Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia (KKMM) dan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM).

"Saya percaya kewujudan saluran TV OKEY ini akan membuka ruang dan peluang dalam kalangan penggiat seni tempatan untuk melibatkan diri sekali gus meningkatkan industri kreatif negara.

"Lagipun pada masa ini, kita patut berbangga kerana produk kreatif tempatan seperti animasi Upin dan Ipin serta BoboiBoy diiktiraf di luar negara antaranya, Indonesia, Mexico, Timur Tengah, Amerika Syarikat dan Latin Amerika," katanya hari ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Saluran TV OKEY di sini.

Turut hadir ialah Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman; Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

TV OKEY merupakan saluran baharu yang memberi informasi dan hiburan menerusi pelbagai genre rancangan dengan memaparkan keunikan adat resam dan keindahan flora serta fauna khususnya di Sabah dan Sarawak.

Perkataan OKEY adalah hasil gabungan akronim Opportunity, Knowledge, Experience dan Yours.

Tambah Najib, saluran baharu itu secara tidak langsung memberi pendedahan kepada masyarakat Malaysia mengenai inti pati dan keunikan yang dimiliki di negeri-negeri Borneo.

Saluran TV OKEY boleh ditonton menerusi Astro 109 dan MyFreeview 110 serta aplikasi RTM Mobile. - K! ONLINE