Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun (gambar) berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman sudah berhubung dengan pihak polis di sana untuk mendapatkan maklumat lanjut namun sehingga kini masih belum sebarang maklumat diterima.

“Sehingga masa ini, kami masih belum me­nerima sebarang maklumat tentang situasi mereka di sana.

“PDRM juga sudah berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia di sana dan mereka memberikan kerjasama yang sepenuh­nya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Tabung Prihatin Pengaman Yayasan Pengaman Malaysia di Pusat Latihan Polis di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.