"Penyelidikan kini adalah keperluan selain program semua universiti. Penyelidikan sangat mahal.

Kadang-kadang penyelidikan boleh diduplikasi tetapi dalam kes Malaysia dan Singapura, sekali lagi kita telah menunjukkan satu contoh bagaimana dua institusi dapat bekerjasama dalam penyelidikan untuk membangunkan sesuatu yang kita dapat membantu masyarakat secara menyeluruh dan orang sakit khususnya.

"Ini adalah sesuatu yang perlu diberi sokongan oleh kedua-dua kerajaan Malaysia dan saya pasti kerajaan Singapura juga ," katanya dalam ucapannya setelah menerima Doktor Kehormat Undang-undang oleh NUS, yang merupakan alma mater beliau di sini hari ini.

Mahathir melahirkan rasa gembira kerana masih terdapat kerjasama antara kedua-dua universiti.

"Saya kagum dengan kerjasama terutama dalam rawatan leukemia. Ia memberi kesan kepada banyak kanak-kanak dan ini adalah penting bahawa anda membuat kemajuan dalam bidang ini, "katanya.

Terdahulu, Presiden NUS Profesor, Tan Eng Chye menekankan terhadap kerjasama kedua-universiti yang "membawa sinar" menerusi  penemuan yang mengubah gaya hidup menerusi kemoterapi yang disesuaikan untuk kanak-kanak yang menghidap leukemia berisiko tinggi, meningkatkan kadar penyembuhan, dan mengurangkan kadar berulang.

Kajian kedua-dua negara, yang melibatkan sekolah perubatan UM dan NUS adalah yang pertama di dunia yang  membuktikannya, "katanya dalam ucapan alu-aluannya.

Kedua-dua universiti itu adalah rakan kongsi dalam Persatuan Universiti Rim Pasifik dan Rangkaian Universiti ASEAN.

Eng Chye melahirkan harapan agar kedua-dua universiti itu akan terus bekerjasama untuk mewujudkan impak yang mampan. - Bernama