Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha yang digerakkan oleh kerajaan tidak akan lengkap dan berkesan sekiranya tidak ada inisiatif daripada masyarakat setempat.

"Justeru, program transformasi Qaryah adalah suatu inisiatif yang cocok dengan keperluan untuk membawa perubahan yang diidami rakyat dan kerajaan. 

"Transformasi Qaryah yang menyediakan wadah lokal sebagai medan perubahan di peringkat mikro akan membantu kerajaan untuk merealisasikan perubahan di peringkat makro," katanya ketika berucap melancarkan Pelan Tiga Tahun Transformasi Qaryah Malaysia dan 10 Modul Transformasi Qaryah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di sini malam ini.

Turut hadir Presiden MAPIM, Mohd. Azmi Abdul Hamid. - Bernama