Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, penganjuran JPB di Miri itu juga menunjukkan kombinasi daya usaha antara kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) bersama pihak institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

“Program ini juga menjadi satu langkah untuk mewujudkan peningkatan status sosial anak-anak dan secara tidak langsung mempertingkatkan status sosial keluarga mereka.

“JPB akan menjelajah ke 92 kawasan Parlimen dan saya akan menambah peruntukan sebanyak RM1 juta untuk acara pada tahun ini dengan syarat mereka (pe­nganjur) mampu memcapai matlamat seramai 65,000 pelajar IPTA dan IPTS didaftarkan menerusi program itu,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.