Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu selepas salah satu termometer terjatuh dan pecah semasa proses ujikaji dipercayai bagi mata pelajaran Sains dijalankan di kelas tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor, Mohd. Faisal Jumari berkata, seramai lapan anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 12.56 tengah hari.

Katanya, kelas tersebut kemudiannya dikosongkan bagi tujuan pembersihan tumpahan merkuri.

"Kami mengambil masa selama dua minit bagi membersihkan merkuri itu menggunakan peralatan khas.

"Tiada sebarang kecederaan dialami oleh guru dan murid kelas tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - K! ONLINE