Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan itu diambil untuk memastikan anggota agensi terbabit tidak terlibat de­ngan pihak-pihak tertentu termasuk penyeludup bagi mengekang jenayah rentas sempadan termasuk pemerdagangan manusia.

"Kami telah lakukan tindakan, pegawai ditukarkan lebih kerap lagi agar mereka tidak lakukan 'engagement' (terlibat) dengan pihak tempatan serta para penyeludup dan pemerdagangan manusia.

"Bila pertukaran lebih kerap (dibuat), pemantauan juga lebih efektif," katanya pada sesi pertanyaan menteri pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.