Dalam kejadian pada pukul 9.35 malam itu, Haliah Hamat, 45, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Pemandu Perodua Alza, Nur Adila Abdul Rahman, 31, yang merupakan seorang perunding perkahwinan pula cedera parah di bahagian dada, bahu dan tangan.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, sewaktu kejadian, Haliah dikatakan dalam perjalanan ke Kampung Kerandang dari Alor Lintah di sini.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Chevrolet yang dipandu mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan. Kereta yang dipandunya bersendirian kemudian telah merempuh sebuah Perodua Alza secara berhadapan," katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini.

Mohd. Zamri berkata, mayat Haliah telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Besut di sini untuk dibedah siasat manakala Nur Adila pula dikejarkan ke unit kecemasan hospital sama untuk menerima rawatan dan keadaannya kini dilaporkan stabil. - K! ONLINE