Dalam kejadian pukul 3 pagi itu, pinggang dan lengan kiri mangsa, Mohd. Saiful Bahri Sulaiman, 29, berlubang akibat terkena peluru tabur dari senapang patah anggota Perhilitan terbabit yang tergelincir sewaktu cuba menembak seekor babi hutan.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, sewaktu kejadian, mangsa menjadi penunjuk arah kepada dua anggota Per­hilitan berkenaan yang sedang melakukan operasi memburu babi hutan yang menjadi kebimbangan penduduk kampung tersebut.

Katanya, mereka terserempak de­ngan seekor babi hutan yang melintas di hadapan kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux dinaiki ketiga-tiga lelaki itu dan dua das tembakan telah dilepaskan ke arah haiwan tersebut namun ia masih belum mati.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.