Tinjauan Kosmo! di sekitar Lembah Klang mendapati rata-rata mereka memohon kerajaan mengambil pendekatan lebih teliti dan mengambil kira kesulitan serta realiti sebenar tentang kehidupan warga asing yang mencari rezeki di negara ini.

Pengurus sebuah restoran makanan India Muslim di Cheras di sini, Abdul Wahid Abdul Aziz berkata, polisi baharu kerajaan menghalang pekerja warga asing be­kerja sebagai tukang masak akan menjejaskan perniagaan restoran.

“Seorang tukang masak baharu tanpa pengalaman perlu mendapat latihan selama kira-kira enam bulan sebelum dianggap mahir dan kekurangan tenaga kerja yang kritikal pada masa singkat pasti memberi kesan terhadap kualiti makanan dan operasi perniagaan.

“Kekurangan pekerja pada ketika ini mengakibatkan ramai pekerja termasuk tukang masak terpaksa bertugas antara 8 jam hingga 14 jam sehari,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.