Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Nor, kejadian itu berlaku dalam tempoh kira-kira sejam bermula pukul 6.45 petang.

"Angin kencang telah mengakibatkan beberapa dahan pokok besar di jalan utama telah patah sehingga menghalang laluan. 

"Sebanyak enam buah rumah penduduk mengalami kerosakan kecil seperti bumbung tercabut selain sebuah premis markas Pas yang rosak," katanya.

Menurutnya, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. - K! ONLINE