Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya menjalankan pemantauan di lokasi protes kira-kira pukul 5 petang.

“Protes tersebut dihadiri kira-kira 50 penuntut akademi tersebut dan diketuai oleh seorang aktivis parti politik yang tidak berpuas hati kerana akademi itu membuang dua orang penuntut yang tidak membayar yuran pengajian.

“Pihak polis sudah mengarahkan mereka bersurai namun mereka enggan. Kami kemudiannya telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, kesemua tangkapan telah dibawa ke Balai Polis Kelana Jaya di sini untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. -K! ONLINE