Mereka terdiri lelaki berusia antara 17 hingga 21 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD SPU) dalam operasi bermula pukul 11 malam semalam hingga 6 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kesemua tangkapan ditahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana merempit secara melulu dan  merbahaya.

"Mereka yang ditahan merupakan pekerja kilang dan ada yang bekerja sendiri. Hasil ujian saringan air kencing pula mendapati kesemua tangkapan negatif sebarang pengambilan dadah," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, pihaknya turut memberi peringatan kepada orang ramai khususnya remaja yang sering melakukan aktiviti merempit  dalam daerah SPU supaya tidak melakukan aktiviti merbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan lain. 

Tambah Noorzainy, polis akan mengambil tindakan berterusan bagi membanteras aktiviti itu dari masa ke semasa. - K! ONLINE