Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, kesemua kanak-kanak terbabit berusia 6 tahun dan pemandu berusia 62 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azizan Tukiman berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian lelaki warga emas itu baharu sahaja mengambil cucunya di sebuah tadika menaiki kereta jenis Perodua Viva. 

Katanya, enam rakan terhadap cucu warga emas itu turut menumpang kereta yang sama untuk pulang ke rumah masing-masing di sekitar Taman Sri Pelangi.

"Bagaimanapun, pemandu Viva warga emas itu dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar sebuah kereta jenis Honda Jazz yang berada di garisan putih berhampiran persimpangan Taman Sri di sini. 

"Akibat pelanggaran itu, kedua-dua kereta terbabit terhumban ke dalam longkang di bahu jalan sebelah kiri arah ke Banting,"katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini. 

Jelas Azizan, kesemua kanak-kanak dan dua pemandu kereta itu bagaimanapun 
tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/ 59 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959. - K! ONLINE