Dalam Ops Dadu pada pukul 9.30 malam itu, individu yang ditahan itu terdiri daripada dua penjaga premis dan lima pemain judi berusia antara 19 hingga 46 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, Senior Asisten Komisioner Kamaludin Kassim berkata, serbuan dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian, Maksiat (D7) JSJ, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor dibantu JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.

“Serbuan dibuat di sebuah kedai makan dan kita menahan tujuh yang mana dua disyaki penjaga premis dan lima lelaki disyaki pemain.

Kita juga merampas pelbagai peralatan yang digunakan untuk kegiatan perjudian dan wang tunai sebanyak RM706 dan SGD30 (RM90.94),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kamaludin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1) akta yang sama. - K! ONLINE.