Bagaimanapun tiada mangsa cedera atau maut dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 9.30 pagi itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian tersebut berlaku apabila lori yang dipandu seorang lelaki hilang kawalan lalu merempuh tujuh kereta yang berada di hadapannya.

“Lori yang dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun itu pada mulanya merempuh sebuah kereta Perodua Myvi mengakibatkan kereta itu terlajak ke hadapan seterusnya merempuh enam lagi kereta di hadapannya.

“Kenderaan lain yang turut terlibat adalah sebuah lagi Perodua Myvi, Honda Jazz (1), Mercedes Benz (1), Perodua Alza (1), manakala dua buah kenderaan lagi tidak dapat dikenalpasti kerana masih belum membuat laporan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zulkefly menambah, ketika kejadian lori berkenaan datang dari arah Kepong menghala Sungai Buloh sebelum difahamkan gagal lalu merempuh kenderaan dihadapannya.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE