Status yang dimuat naik oleh individu yang menggunakan profil nama Wendy Loong itu memaparkan imej seekor babi bersama Nabi Muhammad S.A.W dengan tujuan menghina baginda dan umat Islam.

Ketua Umno Cawangan Cempaka 2, Azizi Mohamed Soffie berkata, beliau bersama enam lagi rakannya tampil membuat laporan polis kerana kesal dengan tindakan individu terbabit.

"Perbuatan ini sangat biadab dan mengguris hati umat Islam sehingga mendatangkan kemarahan pelbagai pihak.

"Pihak berkuasa perlu mengesan individu terbabit dengan segera dan tindakan tegas perlu diambil untuk pengajaran kepadanya dan orang lain," katanya.

Menurutnya, perbuatan itu tidak sepatutnya berlaku kerana semua kaum perlu saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

"Penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W bukan perkara baharu malah beberapa kejadian sudah berlaku sebelum ini namun masih ada pihak yang cuba mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini," ujarnya. - K! ONLINE