Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ini akan membolehkan pihak berkuasa mengukur keseriusan masalah itu serta penglibatan mereka dalam gejala dadah, jenayah dan isu sosial yang lain.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata nampaknya wujud satu pola tingkah laku yang agresif di kalangan belia di Malaysia dan usaha untuk menanganinya menghadapi masalah kerana ketidakcukupan data tentang betapa seriusnya isu tersebut.

"Kita sering membaca mengenai kenakalan pelajar tetapi kita benar-benar tidak tahu betapa seriusnya masalah tersebut dan implikasinya terhadap masa depan pelajar," kata beliau.

Mengenai jawatankuasa yang dicadangkan itu, Lee berkata: "Ia harus terdiri daripada pakar-pakar yang dapat memahami sepenuhnya keadaan dan menghasilkan penyelesaian praktikal dan jangka panjang kepada masalah kenakalan pelajar di sekolah." - Bernama