Pegawai Kesihatan Kemaman, Dr. Mohd. Anuar Abd. Rahman berkata, ia mungkin disebabkan segelintir perokok terkeliru dengan beranggapan peraturan tersebut telah dibekukan sementara buat masa ini setelah ia dicabar di mahkamah tidak lama dahulu.

"Berdasarkan rekod aduan diterima, bilangan perokok (di premis makanan di Kemaman) didapati meningkat. Oleh itu,  kita akan memperhebatkan lagi kempen pendidikan fasa dua bagi tempoh tiga bulan seterusnya hingga tempoh penguatkuasaaan pada Julai depan.

"Berdasarkan kempen fasa pertama selama tiga bulan mulai Januari lalu, sebanyak 307 amaran bertulis telah dikeluarkan kepada individu yang mengingkari larangan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Kempen Pendidikan Penguatkuasaan Larangan Merokok di Premis Makanan Fasa II peringkat Kemaman di sini hari ini.

Mohd. Anuar berkata, sebanyak 618 premis makanan di seluruh daerah ini juga telah diperiksa pasukan pemantau Pejabat Kesihatan Kemaman sepanjang tempoh sama. - K! ONLINE