Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, tiada kecederaan yang dilaporkan.

Kejadian berlaku apabila pemandu treler berusia 31 tahun yang ditugaskan menghantar serbuk sawit dari Lumut, Perak ke kilang itu meletakkan kenderaan terbabit di tepi jalan berdekatan, sebelum terus pergi ke kantin untuk makan.

“Ketika sedang makan, treler tersebut tergeluncur dan bergerak sendiri menghala ke arah parkir di kawasan kilang tersebut dan melanggar kesemua kenderaan melibatkan sebuah lori, tiga kereta dan 15 motosikal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama