Pengarah Urusan TreLeaf Mart Sdn. Bhd., Kweh Soo Teong berkata, pasar raya terbaharu itu merupakan cawangan ke-12 yang dibuka dengan membabitkan peruntukan hampir RM1 juta.

"Lokasi ini dipilih setelah meneliti sosio ekonomi dan demografik penduduk dalam radius lima kilometer.

"TreLeaf Mart menawarkan pelbagai barangan keperluan harian termasuk produk segar seperti ayam, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran pada harga yang berpatutan sekali gus dapat membantu meringankan beban pengguna," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Pembukaan TreLeaf Mart Rusila (TM12) yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri Terengganu, Mohd. Nurkhuzaini Abdul Rahman di sini hari ini. - K! ONLINE