Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, kepala mangsa, Nur Afini Roslan, 14, ter­belah dua, manakala seorang lagi pelajar sekolah itu, Mohd. Farhan Reza Badrol Hesam, 13, mengalami kecederaan pada belakang kepala.

Nur Afini merupakan cucu saudara bekas atlet negara, Datuk Rabuan Pit.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab. Razak berkata, siasatan awal polis mendapati bilah mesin rumput itu tercabut daripada traktor itu yang digunakan untuk kerja-kerja me­mesin rumput di padang berkenaan.

“Bilah mesin rumput itu kemudian me­lantun ke arah kepala kedua-dua mangsa yang berada di padang tersebut.

“Kita menahan pemandu traktor tersebut yang berusia 26 tahun bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Sek­syen 304 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.