Ketibaan beliau yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pukul 8.30 malam itu disambut oleh Shamsul Iskandar dan isteri Dr. Zakiah Mohd. Tahir.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob; Ketua Menteri, Adly Zahari dan barisan Exco kerajaan negeri.

Kira-kira 10,000 tetamu hadir pada majlis berkenaan yang bermula pada pukul 8 malam hingga 11 malam. - K! ONLINE