Beliau yang tiba pada puku 7.50 malam itu disambut oleh Bung Mokhtar dan isterinya, Datin Noorasidah Alimudin.

Hadir sama ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Keruak dan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.

Pada majlis itu, Zahid menepung tawar pasangan mempelai Mohd. Kurniawan Naim dan Nur Atieqah Mohd. Suffian.

Turut menepung tawar ialah Musa dan Salleh.

Majlis yang dihadiri lebih 1,000 tetamu itu diserikan dengan persembahan penyanyi terkenal antaranya ialah Noraniza Idris dan Datuk Nassier Wahab.

Mohd. Kurniawan Naim, 23, merupakan seorang ahli perniagaan dan anak kedua daripada lima adik- beradik manakala Nur Atieqah, 25, pula berkhidmat di Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah.

Pasangan mempelai tersebut telah diijabkabulkan dalam majlis tertutup di sini pada Jumaat lalu. - K! ONLINE