Ahmad Zahid berkata, pasukan khas itu perlu ditubuhkan agar barangan keperluan rakyat tersebut tidak dijual melebihi kadar yang sepatutnya. 

“Kajian mendapati harga barangan di pasaran sebenarnya sudah mengambik kira kos pengeluaran dan margin keuntungan namun kenaikan harga barangan keperluan rakyat masih terus berlaku. 

“Perbezaan kos pengeluaran dengan margin keuntungan terlalu tinggi kerana dikhuatiri orang tengah yang mengambil keuntungan lebih. Oleh itu, saya arahkan KPDNKK untuk tubuhkan pasukan khas bagi mengkaji harga barangan keperluan rakyat tersebut,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Karnival Jualan Mega anjuran KPDNKK di Bulatan Amanjaya, Meru di sini hari ini. - K! ONLINE