Kerjasama tersebut diperlukan bagi membantu siasatan kemalangan maut yang menyebabkan tiga mati rentung ketika kejadian di Bera pada pukul 6 pagi Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, keputusan bedah siasat dilakukan pihaknya sekadar mengenal pasti jantina ketiga-tiga mangsa.

"Disebabkan mangsa rentung dan dokumen pengenalan diri mereka turut terbakar, sukar untuk mengenal pasti identiti mereka.

"Bagaimanapun, kita mengenal pasti jantina mangsa iaitu seorang lelaki dan wanita dewasa serta seorang remaja lelaki," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Seperti dilaporkan Kosmo! Online pada Selasa lalu, semua mangsa rentung selepas kereta dinaiki mereka terbakar sejurus terbabas dan merempuh dua lori di Kilometer 43 Jalan Temerloh-Bahau.

Kamarulzaman menambah, pihaknya telah menghubungi pemilik asal kereta berkenaan, namun dimaklumkan ia telah berberapa kali berpindah milik kepada individu berbeza tanpa rekod kemaskini pemilik baharu.

"Pemilik asal beralamat di Selangor, tetapi kereta itu sudah dijual kepada seseorang. Kemudian dijual pula kepada orang lain dan kini tidak tahu siapa pemilik ketika ini," tambahnya. - K! ONLINE