Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, tangkapan lelaki berusia 49 tahun terbabit dibuat pada pukul 1.15 pagi ketika polis melakukan rondaan di kawasan Bandar Tenggara dekat sini.

“Polis telah mengesan sebuah motosikal yang dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan. Pemeriksaan lanjut keatas suspek menemui satu beg berzip jenis Avon yang mengandungi empat peket dadah jenis heroin dengan berat kasar 205.79 gram (g).

“Turut ditemui ialah sepeket lutsinar dadah disyaki jenis syabu dengan anggaran berat 30.64g berdama sepucuk pistol tiruan jenis Glock,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ahsmon berkata, harga pasaran bagi bekalan dadah yang dirampas mencecah RM13,200 dan dadah terbabit boleh memenuhi permintaan sehingga 550 penagih di kawasan tersebut.

“Saringan ujian air kencing keatas suspek juga mendapati dia positif dadah jenis morphine,” katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Senjata Api 1960.- K! ONLINE