Pengurus Besar Kanan TNB (Jabatan Pembangunan Grid), Datuk Husaini Husin berkata, projek Baiti Jannati menyasarkan umat Islam daripada golongan asnaf sementara Rumahku Syurgaku bagi bukan Islam.

"Saya difahamkan, dua kediaman bagi projek Baiti Jannati sementara dua lagi rumah bagi Rumahku Syurgaku akan dibina di 14 buah negeri di seluruh negara setiap tahun.

"Kos pembinaan bagi setiap unit kediaman dianggarkan RM30,000," katanya pada Majlis Mesra Aidilfitri TNB Peringkat Negeri Perlis di sini hari ini.

Turut berkenan berangkat hadir ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. - K! ONLINE